Hai Follower !

Pages

Tuesday 18 August 2015

Purple Blossom Tersenarai !

Hai semua ! 


Dalam keadaan line internet yang serupa hidup segan mati tak mahu ni , aku gagahkan jugak untuk menaip entry bagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada abang blogger Hasrul Hassan (HH) kerana telah menyenaraikan blog aku ni dalam Top Senarai Blogger Belia Cun (Part 2) ! wuhuuuu (!) terima kasih jugak aku ucapkan kepada kakak aku merangkap blogger blog Cerita Ita yang dah membantu mengiklankan blog aku ni . tanpa mereka siapa lah aku …. Gittew… hiks

setepek gambo *malu*


Semoga dengan penyenaraian aku dalam list blogger belia cun ini dapat merajinkan aku menaip entry-entry yang lebih bermanfaat pada masa akan datang di samping menjadikan aku cun sentiasa …. Aaminnn …. ahaks


PurpleNote: Busy dengan Student in Enterprise Programme (SIEP) yang mana amat menguji tahap kesabaran aku. 

Friday 7 August 2015

Biasiswa JPA

Assalammualaikum , hai semua ! dah lama tak menaip entry di blog ni membuatkan aku sedikit berasa janggal, bukan janggal kerana baru sahaja menerima wang derma RM 2.6 billion daripada anonymous tapi kerana baru sedar aku ni blogger, blogger yang suam-suam kuku dalam arena blogging ni. Blogger yang merepek banyak tanpa peduli orang nak baca atau tidak. Hewhew. Amat rendah diri ini kurasakan. :p. oleh sebab itu, entry kali ini aku nak share something yang might be beneficial for those who demand to know okay … :3. (tetiba rasa first time buat entry yang bermanfaat. HAHA)


                Ok la, dipendekkan ceritanya aku telah ditawarkan biasiswa dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Keputusan yang aku telah ditawarkan biasiswa ni aku semak di laman web JPA sendiri. So, pada sesiapa yang layak untuk memohon biasiswa ini adalah sangat digalakkan memohon ye, syaratnya CGPA wajib 3.50 ke atas. Aku ni memang sendu sikit, dah masuk tahun 3 baru la berkelayakan untuk memohon. But still, Alhamdulillah sebab berjaya dalam permohonan. :D. jangan korang tak memohon pastu tetiba nak semak samada korang ditawarkan atau tidak. Hehe. Untuk semakan keputusan permohonan ni, kena alert, selalu la kunjungi laman sesawang JPA pastu tengok dekat pengumuman terbaru samada keputusan dah keluar atau belum. Bagi aku, since aku bubuh no handphone, jadi ada la text yang masuk.

Penyediaan Dokumen

Bila dah ditawarkan tu, terus ikut je panduan yang disediakan. Memula kena buat pilihan samada kita nak terima atau tak tawaran tu, lepas tu kalau kita terima tawaran tu baru la arahan-arahan lain akan keluar. Ikut je la apa yang diminta untuk dicetak. Di sini aku nak tekankan beberapa perkara penting la waktu penyediaan semua dokumen. Antaranya: 

1)   Pastikan semua dokumen yang perlu dicetak adalah dicetak terus dari computer dan BUKAN DIFOTOKOPI. (walaupun dia nak kan tiga Salinan, pastikan semuanya print out(!) ok)

2)    Peka berapa Salinan yang diperlukan (ada yang kena ada 2 salinan ada yang 3 so be alert, semak banyak kali)

3)      Guna paper 80gsm (sebab aku print out dekat cc, so kena cakap nak guna paper 80gsm, kalau takde, ada yang 70gsm je, bubye !) –dalam case aku, aku bawak kertas sendiri

4) Tulis sebarang maklumat dalam dokumen menggunakan pen berdakwat hitam dan bermata bulat. (aku guna mata pen tak bulat. Tapi jangan ikut aku k? hewhew)

5)      Baca dan ikut arahan. Baca dan ikut arahan. Baca dan ikut arahan. (jangan berlagak pandai mentang-mentang dapat biasiswa. BACA ARAHAN YANG DIBERIKAN)

6)      Bila dah last last minute, kunjungi semula laman sesawang JPA dan login masuk. Check samada ada update terbaru atau tidak (dalam situasi aku, yes, ada update dari JPA)


      Dalam situasi aku, aku tengok bahagian lampiran dulu apa yang diperlukan sebagai lampiran bila nak serah dokumen ni. Surat Tawaran Kemasukan Universiti, Salinan IC Penjamin dan Penjaga (disahkan), Salinan Slip Gaji Penjaga (disahkan) dan Salinan Transkrip Peperiksaan yang terbaru (disahkan). Masalah aku adalah, surat tawaran masuk university aku, aku tinggalkan dekat Kelantan. Yang aku bawak balik Cuma perjanjian PTPTN aku je. Itupun berguna tau, untuk pembatalan PTPTN (nanti kat bawah cerita pasal pembatalan PTPTN). Masa tu dah cuak jugak la sebab aku ni jenis liat sikit nak berurusan, menelefon staff UMK bagai. Tapi setelah didesak oleh penjamin a.k.a akak aku , ku gagahkan juga menelefon fakulti untuk mintak dia emailkan surat tawaran kepada aku. Masa tu dah dekat nak raya, nasib baik Allah permudahkan urusan. Alhamdulillah :D


Tandatangan Saksi

          Selesai menyediakan semua dokumen dan menulis semua maklumat dalam dokumen tu, masa untuk minta pengesahan dan tandatangan daripada saksi. Untuk saksi ni pun ada kriteria-kriteria saksi yang perlu di ambil berat ye, jangan main taram je nanti jadi masalah. Yang aku paling sure adalah saksi yang kita nak cari adalah saksi yang mempunyai gred 41 dan ke atas sahaja. Contoh, pengetua sekolah menengah kerajaan. Jadi, gagahkan la diri untuk melangkah kembali ke sekolah anda untuk meminta pengesahan dari pengetua dan meminta tandatangan tuan pengetua di bahagian saksi.
Sediakan semua lampiran yang hendak disahkan dan letak lable di ruang yang perlu ditandatangani oleh saksi bagi memudahkan dan menjimatkan masa mereka. (diorang pun ada keje lain jugak yee, jadi mudahkanlah mereka) .


Pengurus Felda tak layak untuk tandatangan sebagai saksi ye anak cucu peneroka sekalian (!)


Mematikan Setem Hasil

Dokumen perjanjian yang telah ditandatangani oleh pelajar, penjamin dan saksi hendaklah dimatikan setem. Macam aku, dokumen perjanjian kena cetak 3 salinan, jadi , ketiga-tiga Salinan tu hendaklah diremit/dimatikan setem. RM 10 setiap satu Salinan dokumen perjanjian yang diremit. RM 30 in total.

 
Semakan Berganda


Dalam erti kata lain, semak semula berkali-kali. Semak laman sesawang JPA dan check latest update macam yang dah aku mention kat atas tadi. Macam aku hari tu, esoknya nak gi serahkan dokumen, dapat missed call dari nombor office mana tah yang aku ingat JPA punye office, aku pun gelabah la check web kot-kot tarikh dah dianjakkan ke apa tapi yang aku jumpa adalah update dokumen yang kita kena print lagi. Nasib baik ada nombor office (insurans kot?) call aku. Kalau tidak memang aku tak perasan tentang update tu dan yakin je dengan apa yang aku dah sediakan. Fuhh . so, semaklah semula walaupun esok kau dah nak serah dokumen dekat pusat penyerahan.


Dokumen yang perlu aku print lagi adalah Perakuan Menerima PTPTN dan Borang Pembatalan PTPTN. Untuk borang pembatalan PTPTN ni, kena masukkan no rujukan PTPTN yang ada dekat surat tawaran PTPTN kita dulu dan jangan lupa sertakan surat tawaran biasiswa JPA ni sekali untuk rujukan pihak PTPTN. Tentang pembayaran semula tu aku tak jelas lagi. Samada kita kena isi borang lain untuk tunda pembayaran selepas habis belajar atau tidak. Ada sesiapa yang maklum tak perkara ni ? sila share ok kalau tahu. Apa-apa tentang PTPTN ni aku update nanti In Shaa Allah.



Penyerahan Dokumen Perjanjian

Dokumen yang telah sedia dan di-compile-kan hendaklah diserahkan ke mana-mana pusat penyerahan yang berdekatan dengan anda. Senarai pusat penyerahan ni ada juga diberitahu dalam web. Jadi, take note tarikh dan lokasi yang berdekatan dengan kita untuk mudahkan urusan kita.


SEMAK lagi semua dokumen, pastikan semua dah sedia ada. (kalau taknak jadi complicated, photocopy semua Salinan, surat tawaran JPA , transkrip peperiksaan dan IC tu. Buat 2 salinan lagi bagus !)


Aku settle penyerahan dokumen ni dekat UTHM Batu Pahat,(5/8/15)  sampai dalam pukul 10 pagi macam tu, dan orang amat ramai (!). pesanan aku yang selalu lambat ni adalah datang awal supaya tak terlepas taklimat dan boleh balik cepat . :D (aku antara yang terlepas masa taklimat dan balik lambat =..=)

FYI, surat tawaran kemasukan universiti yang susah susah aku mintak fakulti email tu dia tak mau pun. CETT !

PTPTN

Oleh sebab aku dah masuk third year, PTPTN pun dah pinjam 2 tahun dah, kena lah batalkan pinjaman tu. Batch kawan aku, kena batalkan sendiri PTPTN tapi batch aku ni , JPA yang tolong submit borang pembatalan tu.

Ntah bila pulak aku nak call hotline PTPTN ni tanya pasal bayaran semula, kita kena mohon untuk tunda bayaran sampai habis belajar atau takyah? Tak rajinnye lahai nak call ! >_<


Kemasukan Biasiswa

Ha, yang ni aku tak tahu lagi macamana … sebab belum dapat pun lagi, tapi yang aku musykil ni, hari tu tak mintak pun Salinan buku akaun bank atau no akaun untuk kemasukan duit ni. Tanya kekawan pun dorang lupa dulu dorang ada bagi no akaun atau tidak. Ada sesiapa yang tahu ? share la ye .. hehe (jangan tak masuk duit sudah, PTPTN dah batalkan ni =_=)







Diharapkan entry kali ni dapat membantu sedikit sebanyak, aku pun tak arif lagi tentang biasiswa ni, Cuma terpanggil untuk share pengalaman untuk aku kenang semula bila aku dah tua nanti. Lagipun aku pun google selalu tentang biasiswa JPA ni sebab nak tahu pengalaman penerima biasiswa yang lain. Semoga aku dapat maintain CGPA 3.00 untuk elakkan penarikan semula biasiswa (!) :’D .
Sesape yang ade pengalaman tu sama-sama la share di ruangan komen ye ! aku ni pun newbie jugak, mana yang terkurang tu mohon dimaafkan la ye ? hewhew .



Purplenote: lepas ni kalau nak kawen time belaja kena mintak izin JPA dulu (!) kah ! 

UPDATE : untuk pengetahuan semua, naik semester aku masih menerima PTPTN, dan biasiswa JPA aku terima sebulan selepas semester baru ni . Alhamdulillah, tinggal rujuk PTPTN tentang pembatalan PTPTN aku je la nanti :)

UPDATE (14/11/15): pembatalan telah dibuat oleh pihak JPA. boleh rujuk entry INI

Tweet Tweet