Hai Follower !

Pages

Tuesday 22 September 2015

Trip ke Pulau Perhentian (Hari Ketiga & Keempat)

Entry yang ni kita kasi gabung je ... sebab lepas update entry ni aku nak kemas baju nak balik kampung ohoii !


Hari Ketiga 

Hari ketiga adalah merupakan hari kedua kat Pulau Perhentian, dimulai dengan acara sarapan berjemaah ... aku nekad tak mau mandi pagi sebab bagi aku, bila aku busuk sikit nanti masa snorkelling mesti ikan-ikan comel omnomnomnom nak dedekat dengan aku. Hiks. Tapi lepas dah naik atas bot baru terpikir, yang salah satu checkpoint snorkelling nanti dekat Shark Bay ...................... tak apa ke busuk sikit ? heh *kesat peluh*



lepas sarapan, kami tetap setia menanti di jeti sebab semangat untuk snorkelling amat lah membuak-buak di dalam dada. Tapi biasalah, janji melayu...*cakap depan cermin* kata pukul 10 bot sampai, sudahnya sampai pukul 11, nasib baik jugak sampai, kalau pukul 11 tak sampai-sampai tak tahu la pulak nak pukul sape, ehh XD



duduk je kat dalam bot ... aku dah rasa tak sedap dah ... macam tak lama je aku dapat join ni ... alahai ... macam nak berpinar je kepala aku ni ... tapi aku chill lagi .. dekat checkpoint pertama tu semua pakat terjun .... terjun dulu dalam air pastu baru kelam kabut nak pakai peralatan snorkelling berdaki tu ... kahkah



gelombang besar jadikan aku ibarat ranting-ranting pokok yang dihanyutkan ke tepian ...(sebenarnya tak pandai berenang), dah berapa gelen  banyak ntah aku tertelan air laut tu, redha je la kalau ada orang kencing sesenyap dalam air .... =_=



malang nasib, bila aku tengok dalam air ... aku tak nampak hatta seekor ikan pun. sobs. Apa yang aku nampak cuma kaki itik guider tu je .. sebab dia masa tu dia tengah ajor aku camne nak snorkelling ... kihkih , selain dari kaki guider aku tak nampak apa-apa yang menakjubkan kecuali kedalaman yang .... *pengsan*



boring, jadi aku naik semula atas bot. (Cerita ringkas)


(Cerita sebenar) Since aku tak pandai berenang aku kena ikut tali yang terapung tu untuk kembali ke bot kami.. otot-otot tangan mula timbul sebab nak paut kat tali tu dengan kuat dan walaupun takla jauh sangat jaraknya tapi pada masa tu aku rasa macam makan tahun nak sampai dekat bot. pheww



tak ada gambar . Azza Mastura dah mula mabuk ....



naik atas bot, Ain cari cermin mata dia, rupanya dah terpeleot didudukkan seorang sis ni. Kesian Ain, dapat ganti rugi pun tak berpatutan.



dekat checkpoint pertama ni cuma Ira ngn Syahirah Zakaria je yang dapat tengok ikan-ikan comel. Nasib mereka baik sebab ada guide dari abam guider bot sebelah heret mereka kat port ikan comel melepak .....sementelahan aku pula ...... *dedaunan berguguran*



Checkpoint kedua adalah tempat untuk kita melihat kemunculan penyu. Kebanyakan penyu yang akan ada munculkan diri adalah penyu belimbing. Kami berlima tak turun, sebab dalam giloss serta aku dan Ain dah tak berapa nak centre kepalahotaknye.... ramai jugak orang lain yang terjun ... tapi macam kena permainkan dek penyu je ... hakhak. yang tak terjun ni pulak tengok penyu penyu kulit putih yang turut sama snorkelling , ubat mabuk. haha



Checkpoint ketiga di Shark Bay, kami berlima turun ... gelombang kat sini pun agak kuat .. sedar-sedar dah terpijak atas coral. Tajam mak aih, balik je dari snorkeling tengok kaki dah luka. hukhuk



ok, aktiviti snorkeling untuk aku dan Ain berakhir setakat checkpoint ini sahaja. Tak larat daaahh ... dunia ini berpusing ku rasakan ... hahaha, masa rehat tengahari tu terus balik bilik, dan rehat, tidur sampai ke petang tak menyedor. amboi kemain penat ! =='



Za Za, Ira dan Syahirah meneruskan lagi aktiviti snorkelling petang tu ... Alhamdulillah .... adalah koleksi gambar mereka ... uishh, sebak rasa tak ade dalam gambar terutamanya bila ianya blog kita . uwaaaa !


sedapnya buat masak singgang ... ermmm 


Za Za, Syahirah dan Syahirah . untung la tak mabuk laut . tsskk tsskk 


video mereka. huhu sobs


happy je kan tak ada masalah kesihatan. sedih rasa, nak kena pergi lagi next time weh ... aku kena atasi mabuk laut aku ... ada sesiapa tahu caranya atau petua tak ? share la .... bantu saya yang suka dengan keindahan laut ni ... 



yang aku pasti, bila masuk je kepala dalam air ... terus rasa tenang je ... sedangkan dekat permukaan bukan main kasar lagi ombak , bila tengok belah bawah ... subhanAllah .... tenang setenang-tenangnya ... rindu sangat perasaan tu ...



malamnya pulak ada aktiviti barbeque ... tapi sebenarnya ada yang bakarkan ayam untuk kita ... kita datang ... tinggal ngap je ... brppp ..


sotong, ikan, ayam untuk 5 orang 


ok, hari mabuk dah tamat ....



Hari Keempat (last day)

oh indahnya panorama alam nirwana u la la ~


bangun pagi pagi, lepas sarapan ..kami menjelajah lagi pantai kat kampung nelayan ni ... kami berendam lagi untuk kali yang terakhir sebelum balik .. lokasi rendaman kali ni .. adalah kawasan atas bendera tu ... sila rujuk gambar di atas ye..


splashhh ! 




main gamat . macam nak penyekkan je .. huhu


dah puas mandi, balik bilik ... kemas kemas barang untuk dibawa pulang... pukul 11 setengah pagi .. dah tunggu bot dekat jeti .. dalam pukul 12.50 tengahari ... sampai dah ke jeti kuala besut ... :)

bubye ! banyak duit kang jumpa lagi ! :D


dah hari last baru nak ambil gambar selamat datang ... kuikui



saja aku besarkan gambar ni ... supaya korang boleh nampak peta kat belakang tu ... kau bayangkan kami berjalan dari YOU ARE HERE tu sampai ke CORAL BAY masa first day tu . sila bayang, sila !



bila dah sampai Kuala Besut tu, kami lunch dekat T kafe lagi sekali ... sebelum naik teksi menuju ke Jeli ... nasib kali ni dapat pemandu teksi pro PM pula ... kami hanya mampu mendengar celotehnya dan kami hanya mampu berhuhuhuhuhuhuhuhuhu ~



jam 4 petang, tiba dengan selamatnya di UMK .. Alhamdulillah selamat perabih duit ... Alhamdulillah .... *nangis*



p/s: lepas bercuti terus jadi CAMNI . HUKHUK, doakan keselamatan aku balik kampung malam ni ye ? 








No comments:

Post a Comment

Tweet Tweet